Friday, 21 March 2014

Skim Persaraan Berpencen

Buat pertama kali Allianz Malaysia Berhad melancarkan produk terbarunya berkaitan dengan skim pencen ini. Atas dasar keperihatinan terhadap tabungan kewangan rakyat Malaysia Amnya.

Apa sebenarnya skim pencen yang diterapkan oleh Kerajaan?

Ia adalah sama seperti konsep EPF/ KWSP. Terdapat 2 tabungan caruman iaitu pekerja dan majikan dengan nisbah 11% dan 13%. Apabila dikaitkan dengan sistem berpencen, pekerja yang telah bersara akan memperolehi tabungan simpanannya sendiri dan bagi tabungan dari majikan akan diserapkan kepada KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen). Sebagai hadiah dari perkhidmatan graduiti akan diberi dan bakinya diserahkan berperingkat secara bulanan dan di sifatkan sebagai pencen bulanan.








Apa yang ditawarkan oleh Allianz Malaysia Berhad ?

Konsepnya adalah sama seperti apa yang dilaksanakan oleh skim pencen kerajaan tetapi lebih fleksible,kalis inflasi dan serahan pencen yang semakin tinggi.

Kelebihan:

1. Sistem caruman yang lebih fleksible (pilihan)
- 06 tahun
- 10 tahun
- 15 tahun
- 20 tahun

2. Simpanan akan diserahkan secara berperingkat bermula usia persaraan samada 55tahun atau 60 tahun sehingga 81 tahun.(pilihan)

3. Kematangan simpanan pada usia 81 tahun dan kesemua simpanan termasuk dividen terkumpul akan diserahkan kesemuannya.

4. Pencarum disertakan sekali dengan perlindungan khairat kematian atau TPD( lumpuh kekal) bermula dari tarikh caruman sehingga umur 81 tahun.

Ianya sangat mudah untuk dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan pencarum.


Terima Kasih Allianz, sekarang sesiapa pun boleh menikmati skim pencen!!!!





Dunia Insurans

B.O.P Business Opportunity Plan

Gambaran pertama karier sebagai ejen insurans ini selalunya dimomokkan dengan gaya hidup yang 'stylo' , kebebasan kewangan dan keceriaan. Pemakaian yang kemas, cara bercakap yang mantap serta penuh keyakinan. pendapatan yang tiada had.

Dipendekkan:

1. Pendapatan Tinggi
2. Bebas mengurus masa
3. Kehidupan penuh bahagia

Babak Hitam

Tapi, apabila kita meletakkan masa depan kita di dalam dunia insurans ini terutamanya pada Agency pilihan.. Realiti menampakkan dirinya.

SELL / TELL

- When ' SELL' begin , all talk about 'Nice' , 'Beautiful' , 'Elegant' and 'Happiness'......Once they came in 'TELL' take place. Told them what are the 'True' life as agent insurance...

- Pendapatan tidak tetap... maybe up, maybe down or maybe 'nil'.
- Tidak semua orang boleh menjadi ejen insurans.
- Ada target dan kontrak yang perlu dipatuhi.
- Rate gagal dalam industri ini sangat tinggi 60/40
- Segala kos untuk memiliki lesen sebagai ejen ditanggung sendiri.

Sungguhpun begitu, janganlah difokuskan kepada 60% yang gagal. fokuslah kepada 40% yang berjaya. Mengapa mereka begitu berjaya??




Thursday, 20 March 2014

Company Insurans Terrrrbaek???


Hentikanlah soalan begitu, tiada satu pun yang tidak baik dan tiada satu pun yang terbaik.

So, apa yang membezakan mereka adalah berdasarkan ( 'base on' ) situasi kita sendiri. Bagaimana, produk itu mampu membantu kita merancang masa depan yang terjamin dari segi kewangan.

Melabur Dalam Insurans Company Tak Untung??

Ada pepatah:-

' When we talk about insurance, it is not about money making money. It is about how u save your money during retirement age.....'


AKU DAN INSURANS


Sudah lama aku idamkan coretan riwayat sebenar tentang dunia kerjaya sebagai perancang kewangan aka ejen insurans ini. Ramai orang seakan tahu tentang dunia insurans ini, tapi tak ramai yang betul2 tahu akan perkara sebenar dalam kehendak kerjaya seorang Perunding Kewangan.

Kerjaya dalam bidang ini bukan calang2 cabarannya. Bermula dari pendedahan, tapisan, kelayakan dan sikap. Kesemuanya memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Perhhh....

Insurans dan Aku mula bertaut pada zaman 90an bila mana terlibat secara lansung bersama Aetna (skrg dipanggil ING) Kemudian Uniasia, Manulife dan yang terkini atau terakhir Allianz Malaysia Berhad.

Banyakkan? Memang pun... Aku pun tak sangka, tapi itu semua merangkumi pengalaman yang sangat bernilai, tak terhingga nilainya. Ia menjadikan aku matang dalam industri ini. So, dunt play2 with me... hehehe

Apa yang Aku boleh sharing?? (sharing is caring)

Insurans company di Malaysia ini ada 16 kesemuanya. Terbahagi kepada 2 bahagian -Life dan General..
Untuk Life pula terbahagi kepada 2 - Life dan Banscaassurance

Bezanya??

Bansca tu bank punya, yang selalu telefon, invite produk, pejabat dan HQ nya payah nak urus. Dan untuk claim lagi le parah.

Berbeza dengan Life, sebab ada ejen yang menguruskan, menerangkan dan mencadangkan produk yang sesuai kepada client.